sambungan…
Bacaan belog http://manzlie-makkah.blogspot.com/ yang dikirim oleh kak aishah zaharin betul2 menyebabkan perasaan rindu kembali semula..sangat berharap agar satu hari nanti semasa kudrat masih bertenaga, saya diberi kesempatan oleh ILAHI untuk menunaikan haji..insyaallah
MADINAH-MEKAH (Day 4)
Perjalanan kami akhirnya selamat sampai di MEKAH pada jam 11.oo malam setelah berniat ihram di Bir Ali.
Setelah check in hotel, kami dinasihatkan oleh petugas untuk terus menyelesaikan ibadah umrah tanpa menangguhkannya. Alhamdulillah, buat pertama kali melakukan umrah, kami dipimpin oleh seorang ustaz yang telah dilantik oleh gemilang travel.
Kami masuk melalui pintu marwah. Pertama kali apabila kaki melangkah masuk ke masjidil haram…SUBHANALLAH…Agungnya ciptaan MU ya ALLAH…MAHA SUCI ALLAH..terpegun dan paling tidak sangka saya telah menjejakkan kaki kesini..Didepan kaabah, kami berdoa..moga2 diperkenankan ALLAH s.w.t..SELESAI melaksanakan umrah pada jam 2.30 pagi waktu tempatan
MEKAH (Day 5)
kedai Murtabak sindhi yang hanya dibuka dimalam hari, murtabak keju yang sangat lazat dan selalunya kesini setelah selesai umrah sunat bersama keluarga
MEKAH (Day 6)
MEKAH (Day 7)
MEKAH (Day 8)
Selepas sarapan pagi Jemaah dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah seperti Jabal Thur, padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Ja’aranah sebelum kembali semula ke Makkah. Di Ja’aranah jemaah boleh memakai Ihram dan berniat umrah sekiranya ingin mengerjakan Ibadah umrah
Jabal Thur
Jabal Rahmah
MEKAH (Day 9)
Selepas solat Subuh dan sarapan pagi Jemaah akan di bawa melawat ke Hudaibiyah.bagi jemaah yang ingin melakukan umrah bagi kali seterusnya boleh bermiqat di masjid hudaibiyah selepas itu jemaah akan di bawa melawat ke ladang unta dan jemaah akan kembali ke hotel penginpan dan masjid umtuk melakukan ibadah Umrah.
MEKAH (Day 10)
Selepas mengerjakan Tawaf Selamat Tinggal, Jemaah berangkat ke Airport Jeddah King Abdel Aziz untuk penerbangan balik.
Subuh terakhir dihadapan kaabah Sesudah solat subuh di tempat saei Sesudah solat subuh di lorong2 kedai menuju hotel
My Sis with adik-adik dalam rombongan umrah di Soekarno Hatta Airport
Syukur yang tidak terhingga kerana ALLAH telah mentakdirkan saya untuk mengerjakan Umrah pada usia sebegini. walaupun agak terkilan kerana tidak dapat bersama dengan arwah umi tetapi perjalanan ini mengajar saya lebih mengenali islam yang sebenarnya. Moga-moga kita diberi kesempatan lagi untuk kesana.
SELESAI…..
3 comments:
Subhanallah...
terasa indahnya perjalanan kamu...
besar harapan aku nak ke sini...
insyaallah..yakinlah segala urusan itu adalah jemputan dariNYA.. :D
mahu menitik airmata. rindunya.
Post a Comment