hidup adalah satu putaran roda
kekadang kita diatas..kadangkala kita dibawah...
seronoknya pabila berada diatas...
time ni leh nampak seluruh isi dunia..
TAPI..
bila berada dibawah..peritnya..jerihnya dan bernanahnya hati..hanya ALLAH yg tahu..menjerit-jerit kita meminta untuk dipercepatkan giliran kita untuk keatas semula....
18 Mei 2002, sabtu, 6.00ptg
kali pertama saya diuji oleh ALLAH dengan mengambil kembali umiku...
...sakit...sebak..pilu..sedih..hiba
tidak tergambar oleh mereka yang masih belum kehilangannya..
masih ingat lagi...
saat itu..saya masih tidak tahu..
apa itu erti kehilangan..??bagaimana menghadapinya???...apa itu mesin yang berselirat pada tubuh yang telah pun koma..??
apa erti rindu yang tak terluah??
sangat bermaknakah sebuah pesanan terakhir???
umiku pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan..pergi buat sekian kalinya tanpa sebarang petanda yang memungkinkan saya berfikir bahawa tibalah masanya untuk saya menyerahkan kembali apa yang telah dipinjamkan oleh ALLAH kepada kami sekeluarga...
Dan bagi tiap-tiap umat ada ajal (yang telah ditetapkan); maka apabila datang ajalnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
(al-A’raf : 34)
bagaimana jenazah dimandikan diatas pangkuan kami adik-beradik, dikafankan, sehinggalah ke liang lahad..sesungguhnya ia pengalaman berharga yang mungkin tiada yang sanggup untuk menempuhinya...
dari situ..saya mula belajar membaca buku2 mengenai kematian..(rupa2nya kita masih boleh berbicara dengan mereka yang telah meninggalkan kita walaupun mereka telah berada di alam yang berbeza...cubalah wahai teman..setiap kali menziarahi mereka dipusara..kamu akan merasainya..percayalah...)
setiap kali saya diminta untuk menceritakan kisah ini..setiap kali itu jualah hati ini akan hancur dan luluh..oleh kerana itu..saya telah mengambil jalan mudah dengan tidak menceritakan yang saya anak yang sudah tiada umi... (maaflah kawan2..bukan tidak mahu berkongsi..tapi atas sebab hati yang mudah menangis..topik ini sering dielakkan)
15 ogos 2002, Khamis, 7.20 mlm
Kali kedua diriku diuji..
Ya ALLAH sesungguhnya ujian dan dugaan Mu adalah untuk mereka yang benar-benar boleh menanggungnya dan diriku telah terpilih olehMu sekali lagi untuk diuji...
saya telahpun kehilangan nenek saya(belah mak)..
pergi buat sekian kalinya ketika ingin menunaikan solat maghrib..(nenekku seolah-olah tertidur didalam telekung pada masa itu...)
Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;
(Surah al-Waqi’ah : Ayat 60)
ketika ini saya masih belum kuat untuk diuji sekali lagi..tidak kusangka begitulah percaturan yang telah ditentukan oleh ALLAH supaya hambaNya mendekatkan diri kepadaNya..
(Ya ALLAH aku jua berhak untuk bahagia..Ya ALLAH temukan lah aku dengan cintaMU agar dapat menemaniku ketika diriku berada dalam SEPI..)
hanya kamilah penyambung keturunan sebelah arwah umiku memandangkan umiku tidak mempunyai adik-beradik dan arwah nenekku merupakan anak terakhir yang meninggalkan dunia ini..
(wahai PENILAI HATI...hanya dikau yang maha mengetahui...)
2 Julai 2009, Khamis, 8.30 pg
setelah sekian kalinya, sekali lagi ALLAH mendatangkan ujian buat kami sekeluarga agar sentiasa bersyukur atas nikmat dan pemberianNya..
nenekku (belah ayah)pergi menghadap ilahi dann....pemergiannya..seakan-akan kisah yang sama 7 tahun lalu..bermula dengan demam biasa dan menjadi org yg terakhir demam..begitulah takdir yang maha ESA..
kisah 7 tahun lalu kembali menjengah..menguji sejauh mana saya masih mengingati detik2 itu..ya ALLAH..kisah ini seakan-akan sama ya ALLAH..
kisah 7 tahun lalu..kisah RINDU YANG TAK TERLUAH
kuat, cekal, tabah dan tidak terlukis sebarang kedukaan hanyalah topeng palsu yang telah pun menjadi sebahagian dari hidupku..entahlah..mungkin saya seorang yang pandai menyembunyikan perasaan dihati..
rahsia itu hanya KAU yang tahu
ada yang tak ada dijiwa ini..
tuntun lah hatiku Ya ALLAH
terima kasih ya ALLAH atas kekuatan yang kau berikan selepas 7 tahun pengalaman ku...walaupun diriku masih menangis setiap kali menceritakan detik ini..tapi inilah coretan RINDU YANG TAK TERLUAH..