Monday, October 10, 2011

UMRAH-satu perjalanan (Part 1)

Last minute..saya, my sis and my father buat plan untuk menyertai athirah sekeluarga melaksanakan ibadah umrah dengan menggunakan pakej GEMILANG TRAVEL.
Kami mula terbang pada awal pagi 27 feb 2011 dari KLIA-jakarta-Jeddah dan berangkat pulang pada lewat malam 10 MAc dari jeddah-jakarta-KLIA
Mula-mula, rasa sangat teruja sebab ia merupakan jemputan dari ALLAH..beruntungnya kami… dalam masa yang sama, perlu siapkan diri untuk melakukannya dengan sesempurna mungkin.Harapan pada masa itu semoga segala urusan kami disana dipermudahkan oleh ALLAH s.w.t (rabbi yassir wala tuassir)Praying
Alhamdulillah, melalui pakej ini, kami diberi kit buku panduan untuk mengerjakan umrah (buku ini sangat ringkas dan saya kira ia sangat sesuai untuk dibawa ketika melakukan ibadah tawaf) dan juga kelas persediaan umrah sebelum berangkat ke tanah suci. Kami diingatkan oleh ustaz supaya banyak melakukan solat sunat taubat sebelum berangkat .27022011398
permandangan dari balai berlepas @Soekarno-hatta airport
JEDDAH-MADINAH
Setelah lebih kurang 8 jam perjalanan, alhamdulillah kami bersama jemaah yang lain selamat tiba di lapangan terbang jeddah. Dari tempat ketibaan, kami dibawa menaiki bas ke balai ketibaan. suasana agak tidak terkawal kerana tiba-tiba saya dan kakak saya ditahan oleh pengawal sebelum sempat menaiki bas kerana mereka khuatir kami datang untuk bekerja. alhamdulillah, tiada apa-apa berlaku setelah ayah saya datang kepada kami. Sekali lagi ketika beratur untuk mendapat kebenaran memasuki negara arab, kami terpaksa sebanyak 3 kali menukar kaunter kerana pegawai tiba-tiba meninggalkan kaunter tanpa memperdulikan kami yang beratur panjang (ouhhh...mereka ni pada pandangan peribadi saya agak kasar dan birokrasi juga berlaku kerana barisan kami kerap dipotong oleh kenalan-kenalan mereka yang ingin cepat)
setelah semua jemaah selesai cop passport, dan mengambil beg yang telah dicampakkan disatu tempat, kami menyerahkan semula passport kepada petugas untuk disimpan.
28022011399 my sis with abah @ jeddah airport
Image0581@ jeddah airport
Tepat jam 8.30 malam waktu tempatan, kami berangkat ke madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam untuk tiba di madinah.
Sekali lagi, ketika di dalam bas, kami diberi makan malam oleh petugas gemilang. masa ini perut sangat penuh kerana jika dikira.waktu dimalaysia adalah awal 5 jam dari waktu di jeddah.Jadi ia seolah-olah kami makan pada jam 11.30 malam (actually dalam flight dah makan untuk lunch dan dinner)
Semasa didalam perjalanan, cuaca agak sejuk kerana disekeliling kami hanyalah padang pasir yang terbentang luas dan jalanrayanya adalah dari jenis yang lurus dan tidak berbukit-bukau (untuk pengetahuan, di arab pemandu memandu di sebelah kiri dan ianya berbeza dari di malaysia). masa ni, saya dan kakak saya tertidur kerana keletihan dan kadangkala tersedar kerana pemandu yang memandu agak laju dan pada pandangan saya agak merbahaya.

MADINAH (Day 1)
Alhamdulillah, kami selamat tiba di madinah 30 minit sebelum waktu subuh dan hotel kami berhampiran dengan pintu masuk yang berdekatan dengan makam nabi. Itenari pada hari pertama adalah menziarahi makam nabi dan perkuburan baqi’ (perkuburan baqi’ hanya dibenarkan masuk untuk kaum adam sahaja)
P1030031 after subuh@ pintu masjid nabawi berhampiran perkuburan baqi’
Tenang, damai dan nyaman…itulah suasana yang dapat saya sampaikan bila pertama kali menjejakkan kaki dibumi madinah. Ya Allah..besarnya keagungan dan kekuasaan MU..syukur kerana akhirnya saya dapat menjejakkan kaki dibumi madinah. berdebar dan rasa sayu apabila pertama kali melihat masjid nabawi. (perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika pertama kali menziarahi masjid nabawi adalah memberi salam kepada junjungan besar kita nabi muhammad s.a.w, cuba untuk solat di raudhah (bagi perempuan, kawasan raudhah dibuka pada jam 10 pagi sehingga sebelum zohor dan juga selepas isya’ hingga jam 2 pagi kalau tak silap), sembahyang solat fardhu berjemaah 40 waktu dan khatam al-quran, perbanyakkanlah juga amalan sunat)
P1030046 after subuh@ pintu masjid nabawi berhampiran perkuburan baqi’
Buat pengetahuan, cuba bawa beg kecil untuk letak selipar kerana kebarangkalian untuk anda tidak menjumpai selipar anda semula agak tinggi kerana bilangan jemaah yang sangat ramai memungkinkan segala-galanya (anda perlu ada usaha, tapi ALLAH yang menentukan segalanya kan), selain itu, bagi jemaah wanita, anda tidak dibenarkan membawa kamera kerana beg akan diperiksa sebelum memasuki masjid (amalkan doa dan masuk dengan kaki kanan ketika melangkah masuk ke masjid nabi). Ambil peluang untuk ke raudhah atau memberi salam kepada nabi s.a.w jika mempunyai kesempatan dan berdoalah dengan hati yang tenang ketika diraudhah. I.allah, ALLAH itu maha mendengar dan maha memberi (ALLAH won’t test us more than we can bear) dan DIA juga MAHA mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.
RAUDHAH…bagi saya adalah satu tempat dimana paling tenang dan paling saya rindu setelah pulang ke tanahair. Tempat ini adalah antara tempat paling mustajab untuk berdoa dan untuk anda beribadat disini amatlah memerlukan kesabaran dan janganlah menolak-nolak jemaah yang lain dan sentiasa berdoa agar anda diberi peluang untuk solat disitu. kebarangkalian untuk dipijak juga sangat tinggi. ada jemaah yang langsung tidak mahu berhenti dari melakukan ibadah. yang penting, ketika berada disitu, janganlah melakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti jemaah lain kerana bimbang jika kita terlalu ingin mengejar pahala sehingga kita melakukan dosa. ketika diraudhah, jika diberikan kesempatan, lakukanlah juga solat sunat taubat dan solat sunat hajat. berdoalah ketika bersujud kerana anda tidak dibenarkan untuk berdoa setelah memberi salam kerana bilangan jemaah yang terlalu ramai.
Cuaca di Madinah juga agak sejuk memandangkan kami melaksanakan ibadah umrah pada bulan MAC. Walupun matahari memancar, tapi kami semua kesejukan kerana angin yang sejuk.
P1030043 after subuh ditepi perkuburan baqi’-me, my sis and bonda athirah (my fren)
P1030047
P1030048
P1030049
P1030030  
28022011402 @ masjid nabawi –my sis, abah n me
28022011409 abah@ masjid nabawi 
MADINAH (Day 2)
Itenari hari ke-2 ialah melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba (sabda nabi s.a.w Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah)Masjid Qiblatain (masjid dua kiblat), Jabal Uhud, kilang al-quran dan akhir sekali ke Pasar Tamar.
Jemaah diingatkan supaya berwuduk dari hotel sebelum ziarah ke masjid quba’
P1030074masjid quba’
P1030069
  me@ masjid quba’
P1030078
me and sis @ ladang tamar
After ziarah masjid quba’ dan melakukan solat sunat, kami bergerak ke ladang tamar…..disini buah-buahnya sangat segar dan saya paling suka buah tamar muda..kami hanya perlu tanya halal? kepada peniaga untuk mencubanya..choklat yang berasakan buah tamar juga sangat banyak..tapi kami telah diingatkan oleh petugas bahawa harga disini kadangkala lebih mahal berbanding dengan pasar tamar yang kami akan lawati..jadi berpada-padalah sahaja ketika membeli.. Wink 
Selepas itu, next ziarah was jabal uhud. JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Begitu Nabi bersabda soal Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. Ziarah ke Jabal Uhud telah menjadi menu PENTING bagi segenap jemaah Umrah ketika berada di kota suci Madinah, dari mana pun mereka berasal. Karena begitulah Rasul SAW mengajarkan kita.
(Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan bukit Uhud.)
P1030081
P1030083
P1030084
P1030087
P1030089
P1030095
P1030102
sekitar jabal uhud
P1030092  bukit memanah-berhampiran jabal uhud
Next, kilang al-quran, disana, hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk kekilang manakala jemaah perempuan bolehlah menunggu di kedai di hadapan kilang yang turut menjual hasil dari kilang tersebut. saya membeli beberapa jenis al-quran untuk disedekahkan dengan harga quran bersaiz A5 dijual sebanyak 25 riyal.
Sebelum ke pasar tamar, kami singgah ke masjid qiblatain untuk menunaikan solat sunat. masjid yang saya ziarah kali ini mempunyai escalator memandangkan tempat solat untuk jemaah wanita adalah di tingkat 2.
P1030106masjid qiblatain
MADINAH (Day 3)
Hari ini tiada sebarang aktiviti diperuntukkan untuk jemaah jadi jemaah dinasihatkan untuk melakukan lebih banyak ibadah Winking
Hari ni kami mengambil peluang untuk mencari barang-barang keperluan di sekitar kedai di sepanjang hotel sementara menunggu waktu makan tengahari
P1030051 kedai berhadapan perkuburan baqi’
Jubah-jubah, bum habatul sawda dan bermacam-macam lagi agak murah harganya. Jadi banyak jugalah yang kami borong..hehehe  Party
P1030054
P1030056
P1030057  hotel berhadapan dengan masjid nabawi 
 MADINAH (Day 4) ke Mekah
Kami diingatkan oleh petugas untuk melakukan ziarah selamat tinggal kepada makam nabi selepas menunaikan solat zohor dan memakai pakaian ihram selepas selesai makan tengahari.
P1030055
masa ini hati sangat sayu..rasa sangat sedih untuk meninggalkan madinah..jika diberi peluang, saya mohon agar satu hari nanti saya akan sampai kesini lagi dan berpeluang untuk menunaikan solat fardu sebanyak 40kali secara berjemaah.insyaallah.
Dalam masa yang sama, kami berdebar-debar kerana apabila sebentar lagi kami akan memulakan perjalanan ke mekah dan akan singgah di bir Ali untuk berniat melakukan umrah.setelah niat ihram di Bir Ali maka kami akan tertakluk kepada larangan-larangan semasa ihram…
End of PART 1

2 comments:

aishah zaharin said...

AKHIRNYAAAA, ada entri umrah. can't wait cerita mekah.

azuradaud said...

moga saya ada kekuatan untuk next entri..kena korek balik minda di mekah..sebab skang musim haji jadi perasaan rindu tu menebal